Posts

Showing posts with the label Info

Peperiksaan Online PTD M41 - 19 Januari 2016

Okay ni nak cerita.. Aritu aku buat exam ni online.. Dapat lagi peluang menduduki exam ni,alhamdulillah.. Since exam ni online, so kene la pakai Internet. Rumah dah la takde internet.. Last2 pakai hotspot je.. Disebabkan aku pun Google jawapan pakai laptop, maka banyak la jugak data yang aku pakai. 1G ++.. Haha.. Berkenaan soalan exam.. Ada 2 part. Part 1, Pengetahuan Am.. Part 2, Daya menyelesaikan masalah.. Part 1 8.00 - 8.40 malam 50 soalan objektif Antara soalan ditanya - ASEAN, Akta Bahasa Kebangsaan, Fungsi ADUN, Pesuruhjaya Tinggi vs Duta Besar, Penggubalan Undang2, Laut Biru ( ni x ingt. Tapi pasal ekonomi kalau tak silap) Nak Google mmg bole tp ambil masa. So nasihat saya, kalau x tau skip or hentam je dulu.. Hehe Part 2 8.55-9.35 malam 40 soalan objektif Soalan kebanyakan Matematik Topik byk ditanya - Min, median, mod, nisbah, bentuk kertas setelah dilipat, luas segitiga, segi empat Jawab sepantas boleh sebab 1 soalan kena jawab kurang dari 1 minit ...

List of things to do when your Malaysian passport and UK student visa were stolen overseas

Meh nak list down cara-caranya. 1) Terus buat laporan polis. Kalau hilang kat negara yang main language bukan Bahasa Inggeris,  seboleh-boleh mintak pihak polis sediakan laporan polis di dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalau tak boleh jugak, amik je bahasa apa pun.  2) Cari Malaysia Embassy. Tanya kat Police station tu address embassy kita kat sana. 3) Dah jumpa embassy, tanya apa nasihat mereka. Setengah negara memang bole buat passport terus. So kalau ada, takde masalah. Tapi in my case, Malaysian embassy kat Czech tak buat pun. Kebetulan kami mmg nak g Berlin naik tren, so kami buat travel document kat sana je. So mmg pegi sana tanpa passport la sebab org tak cek pun. Cuma dibekalkan surat rasmi dari Malaysian Embassy kt Czech. Just in case.  4) Di Berlin, berbekalkan surat rasmi dari Czech + gambar ukuran passport (ni buat kat Berlin je) + salinan passport lama (nasib baik de save dalam email) + laporan polis dari Czech (dalam Bahasa Czech) ...

Interview PTD M41 @ Putrajaya, 2 Jan 2015

Kali ni, aku dipanggil sekali lagi untuk ditemuduga bagi jawatan PTD. Untuk pengetahuan, aku pernah ditemuduga tahun lepas untuk jawatan yang sama. Pelik juga kenapa aku dipanggil lagi. Rujuk  pengalaman interview PTD Disember 2013  . Penemuduga aku ialah orang yang sama menemudugaku pada tahun lepas. Nasib baik sebab bagi aku, penemudugaku itu sangat lah baik. Ok. Straight to the point, antara isi kandungan temuduga tersebut, 1) berkenaan family, parents dan adik beradik 2) perbezaan antara pelajar Malaysia di luar negara yang ditaja oleh kerajaan/badan-badan bertanggungjawab dan tidak ditaja (memandangkan aku belajar diluar negara dan ditaja) 3) di London ada Malaysian High Commission.  Kenapa ia dipanggil Malaysian High Commission? 4) pengalaman kerja 5) result master aku SO, overall bagi aku temuduga tersebut berjalan dengan lancar tetapi ada satu perkara yang membuat kan aku disalah anggap. Berkenaan dengan pegawai yang menguruskan hal dokumen kita, walaup...

Tips Becuti ke Istanbul / Travel Guide to Istanbul, Turkey

Image
Kali ni, ak nak bercerita tentang trip aku ke Istanbul, Turki. Actually ini bukanlah first time aku ke Istanbul. Dah kali kedua dah. Few months ago, aku pergi dengan kawan-kawan. Kali ini, aku bawak ibu bapaku pulak. Jadi, tak lah kekok nak ke sana sini. So, ada beberapa tips/guides yang boleh aku share untuk sesiapa yang nak ke Istanbul: 1) ACCOMMODATION / PENGINAPAN a) Area: Taksim     Booking through: Airbnb     Price: RM250     Facilities: Wifi, washing machine, air cond, tv, hairdryer, kitchen, fridge, heater, towels, double bed First time aku pegi, ada 4 orang kawan bersama aku. So, kami menyewa sebuah rumah dengan 3 bedrooms and 1 bathroom. Sangat2 lah berbaloi. Siap boleh masak dan tv siap boleh connect dgn Internet. Cuma rumah dia jauh sikit dan terletak kat lereng jalan. Maklumlah jalan kat Turki kan tak rata. Dari segi location, tak sesuai aku rasa kalau nak bawak orang tua sebab takut tak larat je nak berjalan. b) Area: Taksim ...

Mimpi Ular & Tafsirannya

Image
Hari ini aku nak cerita pasal mimpi berkenaan dengan ular sebab aku selalu sangat mimpi pasal ular. Dengar perkataan 'Ular' tu pun naik bulu tengkuk aku. Tengok...geli tak? Antara mimpi yang aku ingat berkenaan dengan ular ialah, Mimpi anak ular berlonggok berlambak-lambak macam gambar kat atas ni (time ni aku sekolah menengah) Mimpi ada ular yang asyik ikut aku pergi ke mana-mana sahaja. Tapi ular ni tak buat pape kat aku. Cuma aku je la yang berlari jauhkan diri. Time tu aku rasa macam real betul. Mimpi hampir dipatuk dengan ular. Takut gile aku time tu. Besar kot kepala ular tu Mimpi dikejar dan digit oleh anak ular yang banyak. Ada la dalam 4-5 ekor yang dapat gigit tangan aku sampai bengkak-bengkak. (Mimpi ni terjadi baru-baru ini) Tengok..sampai aku boleh senaraikan lagi. Aku pun penah bermimpi pasal singa. Tapi yang tu takde jadi pape pun. Cuma ular ni je yang menakutkan dan menggelikan aku. Nak kata aku terfikir pasal ular sebelum tido, takde la pun. ...

Bajet Raya 2012

Salam semua!! Tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selamat menyambut Syawal 1433H untuk muslimin dan muslimat. Kali ini aku nak mengomel pasal bajet raya tahun ini. Sebagai seorang yang telah bekerja, telah menjadi sinonim untuk keluarga aku memberi duit raya kepada yang belum bekerja, pelajar dan orang tua (termasuk aunt2 dan atuk2 sedara aku yang tiada punca pendapatan - ni mak aku yang ajar). Jadi kalau tengok golongan yang bakal menerima duit raya aku tu banyak kan? Lagi2 adik beradik mak aku lebih dari 10 orang. Tu tak termasuk adik beradik ayah aku. Kebetulan pulak Bank Negara Malaysia dah keluarkan duit baru yang bernilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM100. Duit RM50 kekal yang lama. Nampak tak dah ada RM 20 dan RM100? Untuk menggembirakan hati orang2 tua, ibu bapa dan adik beradik aku, maka not 20 dan 100 aku gunakan. Budak2 aku bagi RM5 je.Golongan orang tua yang tidak bekerja aku bagi RM10. TOTAL duit raya untuk tahun ni = RM900..Banyak juga tu..Awal2...