Posts

Showing posts from March, 2017

Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Alhamdulillah aku dan suami telah selamat melangsungkan perkahwinan kami pada Sep 2016 yang lepas. Nak dipendekkan cerita, kami mengambil keputusan untuk mengupah syarikat photographer terkenal SBXS sebagai official photographer untuk ketiga-tiga majlis kami. Nikah, sanding dan bertandang. Sebab apa kami pilih SBXS? Asalnya kami shortlisted Udey dengan SBXS ni. Lepas dah tgk gambar2 yg diorg post online, terus kami pilih SBXS. Konon nya nak la yang gambar up-to-date. Pastu baca post2 diorg macam menunjukkan yang diorg ni bagus sangat. Lagi-lagi tengok diorang pun ada kedai sendiri. So kami kira syarikat yang stabil la. Banyak sangat kan criteria yang kami tengok. Maka bermulalah proses kami berurusan dengan diorg. Tahun 2016, kami ditawarkan harga lebih kurang RM3,700 untuk 3 events. Nikah dan sanding, seorang photographer yang sama manakala bertandang photographer yang lain pulak. Untuk urusan ini, kami banyak deal dengan Sally. Sebagai deposit, kami dikehendaki membayar RM300.