Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Alhamdulillah aku dan suami telah selamat melangsungkan perkahwinan kami pada Sep 2016 yang lepas.

Nak dipendekkan cerita, kami mengambil keputusan untuk mengupah syarikat photographer terkenal SBXS sebagai official photographer untuk ketiga-tiga majlis kami. Nikah, sanding dan bertandang.

Sebab apa kami pilih SBXS? Asalnya kami shortlisted Udey dengan SBXS ni. Lepas dah tgk gambar2 yg diorg post online, terus kami pilih SBXS. Konon nya nak la yang gambar up-to-date. Pastu baca post2 diorg macam menunjukkan yang diorg ni bagus sangat. Lagi-lagi tengok diorang pun ada kedai sendiri. So kami kira syarikat yang stabil la. Banyak sangat kan criteria yang kami tengok.

Maka bermulalah proses kami berurusan dengan diorg. Tahun 2016, kami ditawarkan harga lebih kurang RM3,700 untuk 3 events. Nikah dan sanding, seorang photographer yang sama manakala bertandang photographer yang lain pulak. Untuk urusan ini, kami banyak deal dengan Sally. Sebagai deposit, kami dikehendaki membayar RM300. Then, kami dikehendaki untuk membayar 90% daripada full payment which is RM3,000 2 minggu sebelum majlis. Selebihnya, lepas album siap, dijanjikan dalam masa 3 bulan.

Untuk nikah dan sanding, so far kami puas hati dengan photographer tersebut. Tgk gambar soft copy pun, rasa berbaloi la walaupun photographer dtg lambat sikit. Cara posing pun die ada ajar mcm mana nak buat. Tapi lain cerita pulak dengan photographer kedua. Gambar yg cantik kebanyakannya gambar objek. Datang pun bawak gf. Tu kami okay lagi asalkan kerja jalan. Masalahnya bila kat dewan, of course photographer tu awal2 dah smpai. Tapi die pegi tunggu dalam dewan tu nak buat apa. Gambar flow majlis sebelum kami masuk dewan pun banyak boleh diambil. Dalam dewan pulak, banyak flow majlis yang ada. Contohnya seperti nyanyian, persembahan bermain alat muzik, moment2 kami sepanjang majlis tu, dan lain-lain lagi. Tapi bila tengok gambar, banyak gambar ketika sesi majlis bergambar. Moment yang lain kurang. Tu kami hampa betul.

Then 2 minggu setelah majlis selesai, kami pun dapat balik cd gambar-gambar. Yang ni kami kira okay la walaupun lambat sehari. Dari sini la kami pilih gambar mana yg kami ingin masukkan ke dalam photobook and storybook. Pilih sendri ya.. bukan diorang yang buatkan. Pening jugak time ni nak pilih sebenarnya. Seminggu lepas kami dapat cd tu, terus kami bagi gambar-gambar yang telah dipilih. Dengan harapan, kalau kami bagi kerjasama elok, dapatlah album pada masa yang dijanjikan iaitu 3 bulan.

Dengan sabar kami menanti. Nak ikutkan bulan 1 dh cukup-cukup 3 bulan. Tapi disebabkan kami ni baik hati, kononnya nak hasil memuskan, kami pun mengambil keputusan nak bagi diorang masa lagi.

Sehingga lah bulan Mac 2017, kira-kira 5 bulan dah kami tunggu. Barulah tiba-tiba terasa lama sangat ni nak sabar. Lagi-lagi, pihak SBXS sendiri tidak update kami apa-apa status. Kamilah sebagai pelanggan ni nak kene follow up. Penat tau nak follow up dengan diorang ni. Yg pelik nya tu, kalau buat kat artis, cepat je update. Kami yang rakyat marhaen ni... walaupun tak berduit macam artis tu, tapi kami bayar. Time perlukan kami bayar, pandai pulak cari kami. Mintak bayar on time. Dah geram sangat, kami tulis la komen kat insta diorg. Pandai pulak terus delete komen kami. Terus kata next week bole ambil. Tu pun setelah kami follow up nak dekat 2-3 minggu jugak la.

Yang paling ralat, tak ada satu pun mintak maaf keluar daripada mulut diorg. Kitorang ni customer kot. Patutlaa dekat komen insta or facebook diorang, kami tak nampak ramai yang komen. Agaknya mcm kami la kot. Kene delete. Nak ikutkan hati, balance lagi RM400 tu tak layak pun SBXS tu ambil. Sebab tak menepati masa yang dijanjikan..

Nasihat kami, kalau korang yang baca blog kami ni nak hire SBXS, fikir dulu adakah korang sanggup melayan masalah macam ni. Dan make sure korang pulak set agreement awal-awal kalau-kalau diorg tak dapat bagi seperti yang diorg janjikan. We also need to protect our rights right?

So tunggulah nanti sabtu ni kami nak ambil dan tengok hasil nya. Gonna update soon!

*kalau diberi peluang lagi sekali, memang tak laaa kami nak hire diorang lagi. Except the 1st photographer. Nak recommend kat orang lain? No way!

Comments

  1. Saya pun alami nasib yang sama. Kalau kami tak update. Dorang akan senyap smpai 6bulan. Suruh tggu edit akan email esok tp 1tahun lepastu haram pun email. Mmg menipu

    ReplyDelete
  2. saya pulak dapat edited softcopy untuk teaser sahaja. yang lain tak edited. kalau nak edited softcopy untuk gambar2 selected for album kne tambah RM380. sama tak? ke saya je kena mcm ni dgn SBXS

    ReplyDelete
  3. Salam. boleh saya tahu siapa first photographer tu?

    ReplyDelete
  4. As salam Nadia, you engage sbxs ada contract tak?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. pulchsiamu-bo-1997 Alexandra Daly click here
    ocerecmo

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara-cara Untuk Sambung Belajar (Master) di Luar Negara

Mimpi Ular & Tafsirannya