Trip To Ho Chi Minh, Vietnam @ 27th Apr 2012 - Day 1

Trip ni aku pergi dengan kawan aku, Mira. Kami berdua je pergi sana. Senang nak plan sikit. Tak banyak kepala. hehe.Tiket ni kami beli RM300++ pegi balik naik Air Asia.

Meet my friend, Mira.
Perjalanan dlm flight ambil masa lebih kurang 2 jam. We were so excited coz this is our first time kami ke Vietnam. Sampai je di airport Vietnam, terus pegi cari taxi nak pegi hotel. Dari research yang kami buat before pegi sana, banyak taxi yang fake. So, kami terus pegi ke kaunter taxi yang terkenal dan reliable di sana, Mai Linh Taxi di airport tersebut.
Beginilah keadaan airport Ho Chi Minh

Inilah taxi yang kami naik. Pastikan logo ni ye!

Dalam duk cari taxi tu, muncul pulak seorg Malaysian yang nak pergi area yang sama dgn kami. Jumpe la kawan yang baru. Hud namanya. Hud ni seorg engineer yang dihantar ke Vietnam oleh companynye. Disebabkan die boleh claim trasport, maka die pun belanja lah kami naik taxi. Kami pulak nak balas budi die, belanja die makan.

Bandar Ho Chi Minh

Pemandangan sepanjang perjalanan kami menaiki taxi.

Restoran ni ramai juga org Malaysia yang makan

Ni lah Hud yang aku ceritakan

Mira makan bihun tomyam. Aku makan Pho.

Overall, makanan di kedai tersebut biasa-biasa aja..Setakat nak alas perut je lah sebelum check-in hotel. Kedai ni berdekatan dengan Ben Tanh Market.


Lepas makan, terus pegi Check-in di Hotel Thien Xuan. Jalan kaki je nak pegi hotel ni. Dekat je ngan Ben Tanh Market. Aku book hotel ni via Air Asia Go.

  

Thien Xuan Hotel

Posing atas katil pun boleh da...

Toilet bilik kami

Overall hotel ni sangat best. Harga termasuk breakfast. Wifi pun ada and computer with internet ada kat lobi. Receptionist pun sangat helpful. Mereka juga tak kekok berbahasa Inggeris.

Habis je letak barang kat hotel, terus kami jalan2 di sekitar kawasan tersebut. Kami hanya berpandukan peta yang aku download dari google. Kira ala2 mat saleh yang dtg Malaysia la. Tengok peta je. Independant la katakan. hehe..So jom enjoy gambar2 tempat yang kami lawat dgn hanya berjalan kaki.


Jalan - jalan sekitar bandar

Saigon Notre - Dame Cathedral Bassilica 



Post Office di Ho Chi Minh

Bahagian dalam Post Office.Sangat cantik.


Lepas melawat tempat-tempat bersejarah ni, kami pun berjalan kaki meninjau apa yang ada di Saigon ni.


Signboard yang terdapat di Vietnam.

Municipal Theatre, Ho Chi Minh City

Shopping Complex


Dah penat berjalan dengan cuaca yang panas, kami pun cari la tempat untuk membasahkan tekak. Ternampak pulak Baskin Robins. Pe lagi, 3 scoop jugak lah kami belasah. Kat Malaysia tak makan Baskin, kat Vietnam pulak gedik nak makan. Haha.


Yummy!

Now kami dah ada tenaga nak shopping. Pe lagi, kami pun terjah la Ben Tanh Market. Bukan nak habiskan duit, tapi nak beli dulu barang yang memang dah de dalam list. Takut - takut terpakai pulak duit tu. Hehe





Rambang mata k...

Office attire pun boleh buat kat sini

Bermacam jenis kain ada

Meet my new friend, Sara (introduced by Hud). Sara ni la yang bagi harga murah kat kami. Dia pun boleh berbahasa Melayu

Ini lah hasil nye kain yang aku beli

Ini pulak kain yang Mira beli

Mat Saleh pun membeli jugak


Lepas je shopping, masing - masing dah kepenatan. Terus balik hotel. Malan nanti nak sambung jalan-jalan lagi. Hehe.

So, belah malam pulak kami ke Night Market. Dekat je dengan Ben Tanh ni. Kira Ben Tanh tutup pukul 5, pastu diorg sambung pulak dengan Night Market ni. Located betul-betul sebelah Ben Tanh.

Begini lah keadaan Night Market di sana


Kami tak shopping sangat pun kat Night Market ni. Just Window Shopping je sebab masing-masing dah kepenatan. Pukul 10 je terus balik hotel dan tidur. Excited nak bangun esok sebab nak pergi ke Mekong River. Nantikan next entry ye!






Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Cara-cara Untuk Sambung Belajar (Master) di Luar Negara

Mimpi Ular & Tafsirannya