Trip To Ho Chi Minh City - Day 2

Dah lama aku tangguhkan entry ni. Busy la..Hehe..

Hari ke-2, kami bercadang untuk ke Mekong River. Pakej aku dah beli kat Air Asia Go. Kami ambil pakej Mekong Tour under Urban Adventures. Tak silap aku, company tour ni agak terkenal.


Pagi-pagi lagi aku dah kejutkan Mira ni bangun sebab nak alas perut sikit makan breakfast. Breakfast hotel disediakan. Free k. Tapi tak leh la makan sebarang sebab diorang kuat makan "ba alif ba ya". Jadi pe yang kami makan ialah, roti, jam, n buah-buahan.


Beginilah breakfast hotel yang kami duduk


Kami diberitahu dalam itenary, tour guide akan sampai kira-kira jam 8-9 pagi. Tepat jam 8.30 Tour Guide kami pun sampai bersama van tour yang akan kami naiki.


Jom jalan-jalan!


Tour yang kami sertai ini, kebetulan semuanya perempuan termasuk dari Singapore dan Thailand. Tour Guide pun perempuan jugak. Seingat aku, nama dia Amy. 

Sepanjang perjalanan, aku sempat snap pic ni. Rakyat Vietnam kebanyakannya menunggang motosikal

  
Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam untuk ke Mekong River. Dalam perjalanan, kami singgah di Mekong Rest Stop (ala-ala R&R kalau kat Malaysia) untuk berehat sebentar nak pegi ke "Happy Room". Korang tau tak Happy Room tu apa? Aku ni time dalam van bila Amy cakap nak pegi Happy Room, terus aku ingat ada karaoke ke pe. Sebab yang aku tau, kat Red Box Karaoke tu ada Happy Hour. Dengar perkataan Happy tu macam lebih kurang je. Tengok-tengok, Happy Room yang Amy maksudkan ialah toilet. Cehh

Ini lah dia..


Kat tempat ni, decoration dia sangat cantik. Siap ada taman lagi. Sempat la aku bergambar kat taman tu.

Besar kan taman tu..

Ini antara kopi yang dijual di sini

Kopi ni sgt sedappp k...


Maka bermula la perjalanan kami ke Sungai Mekong. Lama gak la sbb aku sampai tertido. Haha. Beginilah keadaan tebing Sungai Mekong di Vietnam. 

Tebing Sg Mekong


Inilah rakan-rakan tour kami

Kembara Sg Mekong ni banyak pit stop. Tak taula kalau tour lain sama ke tak tapi ni tour yang aku ambil.

Pit Stop 1: Ladang Lebah


Kali ni Tour Guide aku ni suruh everyone pegang sarang lebah tu..What!! Aku ni dah la penakut sikit bab2 binatang/serangga ni. Tapi ntah nape aku beranikan diri gak. Sebab die ckp lebah tu tak gigit. Finally aku berjaya sentuh and rasa sendiri madu fresh dari sarang tu.hehe..


Selepas dia tunjukkan sarang lebah tu, diorg pun buat la teh o pakai madu kat situ. Tak silap aku dia campurkan gak ngn limau nipis and pe ntah. Sedapp..;-)

Beginilah rupa teh nya.

Pit Stop 2: Kilang / Tempat membuat Gula-Gula

Kami bergerak pula ke tempat membuat gula-gula ni. Tempat ni terletak di kawasan Sungai Mekong gak. Gula-gula ni dibuat oleh orang tempatan dan diperbuat daripada kelapa. Macam-macam perisa ada. Antaranya, coklat, durian, kopi, dll. Murah gila k. Jadi aku pun memborong la. Haha.

Proses membuat gula-gula

Ni pulak minuman so called "minuman kesihatan" diorang. Eeeii.

Pit Stop 3: Kami bergerak pula ke sebuah kampung untuk menikmati buah-buahan tempatan dan nyanyian tradisional oleh masyarakat kampung di sana.

Kenderaan yang kami naiki untuk ke kampung tersebut. Kena bagi tip k, kalau tak memang menunggu je la diorang.

Inilah buah-buahan yang disajikan di kamping tersebut. Semuanya sedap2 dan manis. Dihidangkan juga dengan air teh cina.

Persembahan nyanyian oleh masyarakat tempatan sampai telinga aku pun dah pekak sebab suara diorang tak sedap pun and nyaring. Tapi kami dinasihatkan bagi tip gak.Haih. Pastu kami pun bergerak ke last pit stop.


Antara laluan kecil di Sungai Mekong. Tapi topi Vietnam tak dapat pun..

Pit Stop 4: Late lunch

Okay. I must say that tour guide ni tak faham apa yang orang Islam boleh makan / tak. Last2 kami tengok je diorang makan and ratah ikan ni je..


Ikan yang digoreng sehingga garing

Ikan tersebut di-wrap kan dan dimakan sebegini.

Setelah habis semua pit stop, kami pun dihantar pulang ke hotel masing-masing. Sampai hotel pun dah lewat petang. Perut dah lapar gila. Balik hotel, mandi, sembahyang, then terus keluar balik nak cari makanan. Hehe.

Destinasi makan seterusnya: Halal @ Saigon

Jalan kaki je nak pegi tempat ni.

Restoran ni dimiliki oleh Malaysian.

Halal..;-)

Lauk ni boleh share 2 orang k. So jimat la sikit.;-)

Bagi aku, makanan dia memang sedap. Ni ikut pe yang aku order la. Lauk kari ikan and sayur kangkung masak belacan. Berbaloi-baloi. Last sekali siap ada pencuci mulut.

Maka selepas makan, kami pun balik ke hotel dan belayar lah tidur..ZZzzz..










Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Cara-cara Untuk Sambung Belajar (Master) di Luar Negara

Mimpi Ular & Tafsirannya