Trip To Ho Chi Minh City - Day 3
Destinasi: Chu Chi Tunnel
Perjalanan ke sana juga mengambil masa yang agak lama. Aku pun boleh tertido seperti biasa.Heh. Tapi takpela. Sebab buka-buka mata je dah sampai!
Chu Chi Tunnel ni ialah laluan bawah tanah yang dibina masa zaman Perang Vietnam dulu. Laluan terowong ni sangatlah panjang dan dalam.
Perjalanan ke sana juga mengambil masa yang agak lama. Aku pun boleh tertido seperti biasa.Heh. Tapi takpela. Sebab buka-buka mata je dah sampai!
Chu Chi Tunnel ni ialah laluan bawah tanah yang dibina masa zaman Perang Vietnam dulu. Laluan terowong ni sangatlah panjang dan dalam.
Di hadapan kaunter tiket
Peta kawasan Chu Chi Tunnel
Tempat pameran senjata pun ada di sini. Untuk yang nak menembak dengan pistol betul pun boleh. Tapi de bayaran la.
Pintu masuk
Kemudian, kami dibawa untuk mendengar penerangan tentang laluan terowong tersebut dan kami juga diterangkan tentang cara kehidupan orang Vietnam pada masa itu.
Penerangan yang sangat jelas
Selepas penerangan tu, kami dibawa ke kawasan sekitar. Macam-macam jenis perangkap ada dan semuanya sangat berbahaya.
Contoh perangkap yang ada di sana
Ini adalah antara jalan masuk ke terowong tersebut. Kecik gila. Aku siap try masuk lagi dlm lubang tu. Tak tau pulak lubang tu dalam. Tenggelam aku sampai ketiak. Disebabkan aku takde kekuatan tangan, maka aku pun tak boleh keluar dari lubang tu. Terpaksa la sorang mat saleh angkat aku keluar dari lubang tu. Tu lah. Pandai2 je. Padan muka aku. Haha.
Tank yang dipamerkan
Selepas tengok kawasan setempat, kami pun diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman masuk dalam terowong itu.
Pintu masuk terowong
Terowong ni muat untuk sorang je. Panas betul sampai berpeluh-peluh aku. Once dah masuk terowong, memang kene teruskan sampai pintu keluar. Banyak pintu keluar tapi setiap pintu tu agak jauh la.
Finally, aku pun selamat keluar dari tunnel tersebut. Horrey!
Begitulah trip kami ke Chu Chi Tunnel. Selepas itu, kami dihantar ke hotel masing-masing untuk berehat.
Penat wooo!
Comments
Post a Comment