Interview PTD M41 @ Putrajaya, 2 Jan 2015

Kali ni, aku dipanggil sekali lagi untuk ditemuduga bagi jawatan PTD. Untuk pengetahuan, aku pernah ditemuduga tahun lepas untuk jawatan yang sama. Pelik juga kenapa aku dipanggil lagi. Rujuk pengalaman interview PTD Disember 2013 .

Penemuduga aku ialah orang yang sama menemudugaku pada tahun lepas. Nasib baik sebab bagi aku, penemudugaku itu sangat lah baik.

Ok. Straight to the point, antara isi kandungan temuduga tersebut,
1) berkenaan family, parents dan adik beradik
2) perbezaan antara pelajar Malaysia di luar negara yang ditaja oleh kerajaan/badan-badan bertanggungjawab dan tidak ditaja (memandangkan aku belajar diluar negara dan ditaja)
3) di London ada Malaysian High Commission.  Kenapa ia dipanggil Malaysian High Commission?
4) pengalaman kerja
5) result master aku

SO, overall bagi aku temuduga tersebut berjalan dengan lancar tetapi ada satu perkara yang membuat kan aku disalah anggap. Berkenaan dengan pegawai yang menguruskan hal dokumen kita, walaupun aku datang sejam awal, namaku lambat disebut untuk penyerahan dokumen sehingga terlepas waktu asal temuduga. Nak tanya kat orang tu, karang kata aku ni tak sabar pulak. Masuk bilik temuduga, penemudugaku siap tanya kenapa aku lambat masuk. Geram jugak kt pegawai kaunter ni tp ak hanya menjawab dengan sabar.

Untuk pengajaran, bagi yang ingin ditemuduga, agak-agak kalau nama kita belum dipanggil untuk penyerahan dokumen dan melepasi waktu sebenar temuduga dinasihatkan agar pergi ke kaunter tersebut dan tanya bila giliran anda. Takut-takut kita pulak dikatanya lambat.

Kepada yang akan melalui proses temuduga, jangan risau. Kalau rezeki tu milik kita, in shaa Allah pekerjaan tu milik kita. Cuma kita kena usaha sikit. To potentials PTD out there, good luck!!


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi Nadia, hows the result for the interview. I went for this interview too. I hv passed it, and wondering when they will start the cadet session either on March or May. Mind to share with me if you got any info about this..Thanks:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fauzi..
      Congratulations! I didnt pass the interview session again. I guess they dont have the vacancy that suits my background. Terpaksa sambung kerja skrg.. Hehe.. Anyway, good luck in your new career . Dah jdi org besar nnt bole blnja :-)

      Delete
    2. Assalamualaikum Nadia...what kind of background did they require? :)

      Delete
    3. Wsalam..

      I'm not sure what background are they looking for but if not mistaken from the way they talked to me, it depends on what vacancies they have currently..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Cara-cara Untuk Sambung Belajar (Master) di Luar Negara

Mimpi Ular & Tafsirannya