Pengalaman Hilang Passport Malaysia di Luar Negara

Ni nak cerita pengalaman aku sendiri hilang passport tahun lepas (2014) di Prague, Cezch Republic..

Begini, since aku belajar kat UK, so banyak la tempat-tempat yang boleh dilawati especially Europe. Time tu ak pegi bercuti berdua ja. Dgn housemate aku sorg. Prague tak dinafikan memang cantik. Aku suka negara tu.. We were there for few days only before pergi ke Berlin.

Nak dijadikan cerita, after we checked out from hotel, kami bercadang nak jalan-jalan sblm bertolak ke Berlin awl pagi esok.. kami pun memang bercadang nak tdo kat train station tu je. So kami pun ingt nak sewa locker sbb malas nak bawa beg berat-berat. Time tu la baru aku perasan segala passport, duit dan bank card hilang. Sebab semua tu dalam 1 beg kecik dlm handbag aku. Aku ni punya la kelam kabut time tu. Ye la. Passport benda yg paling penting bole hilang.

Bila difikirkan balik, patutla masa naik tren mcm ada few lelaki yang duk tgk2 kami. Ingtkan diorg tgk tu sbb kawan aku time tu pakai tudung. Aku fikir, mungkin diorg tak suka muslim. Rupanya time tu agk nya diorg dah aim utk seluk handbag aku.

So time tu apa yng kami bole buat ialah buat laporan polis kat pejabat polis Prague. It was very challenging with language barrier. Mereka tak pndai berbahasa Inggeris. Mungkin hanya beberapa perkataan je yang diorg faham. Macam ayam dengan itik pulak bercakap. Banyak pakai signage.

Tapi alhamdulillah walaupun pelbagai rintangan yg kami lalui, semuanya berjalan dengan lancar. Ramai insan yg baik hati menolong kami.. Dipendekkan cerita, antara insan2 yang menolong kami ialah:
1) Prague - sebuah keluarga dari Malaysia yg purposely melancong ke negara2 eropah untuk melihat keunikan masjid2 yang ada. Seorang pelajar perubatan di sana juga menolong kami. Kami terserempak dengan mereka setelah selesai solat di masjid Prague. Mereka sgt baik. Keluarga tersebut telah menumpangkan kami di hotel mereka berserta dengan makanan dan sedikit duit belanja. Kami siap diberikan katil sorang satu lagi. Manakala pelajar Perubatan Malaysia itu pulak siap mengiringi kami berjalan kaki ke stesen kereta api pada jam 3-4 pagi. Sungguh mulia hati mereka.
2) Kedutaan Malaysia di Prague - pegawai bertugas kebetulan bercuti sebab sabtu ahad tp mereka dtg juga untuk membantuku menyiapkan urusan emergency certificate. Beliau juga siap menghubungi pegawai Malaysia di Berlin untuk membantu kami di sana nanti.
3) Berlin - seorang stranger mat salleh menghadiahkan kami sekaki payung. Nak ikutkan kami nak beli payung kat kedai tu tp dia tgk kita duk tanya2 harga payung, terus die bayarkan untuk kami. Siap cakap "Welcome to Berlin"..

Antara cabaran yang kami hadapi:
1) pasportku hilang dan sedikit wang serta debit card
2) outdated address of Malaysian Embassy in Prague
3) language barrier
4) terlepas flight di Berlin sebab kelembapan security officers kat Berlin. Terpaksa beli tiket baru
5) tido 1 mlm di Berlin Airport.. Nasib baik bawak periuk nasi ngn serunding semua
6) tidak dibenarkan fly ke Copenhagen kerana dikhuatiri apa2 terjadi since tak ada embassy kt sana (as was told by embassy kat Prague tu la)

Anyway, kesemua pengalaman ni takkan aku lupakan sebab ak rasa memang bole buat filem cerita ni.  Pengalaman yang sangat berharga.

Comments

  1. Wow Prague...tringin nak pergi negara tu sejak tgk citer mission impossible...hehe...takutnya hilang pasport kt negara org kan...sdgkan hilang ic kt negara sndiri pn byk masalah....anyway thanks for sharing ur experience...bleh la jadi panduan in case terjadi pd siri sendiri... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pegi la Prague.. Tmpt die mmg cantik :-) tp cuma kene extra careful sbb kat Europe byk pickpockets.
      Tp pengalaman tu mmg sgt berharga wlaupun mcm2 terjadi :-)

      Delete
  2. Hi..nk ask, can u share handbag mcm mane yg depa seluk? Depa koyakkn ke handbag tu? Btw, better stay hotel kt mne ya if berllin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handbag i mcm shoulder bag jugak la. Besar kertas a4 tu. De zip kat atas die tp ada ruang sikit between zip ngn corner bag tu. Mmg tk prasan pun tp i rsa diorg mmg pro. Zip tu diorg tk bkk lgsg. Tak tau mcm mna diorg bole keluarkan bag tu.
      Masa kat prague, ktorg tinggal kt hostel pe ntah nama dia. Tp dkt city jugak. Cuma ktorg amik 1 bilik 2 org. Toilet share tp de toilet laki n pompuan. Malas nak duduk kt bilik jenis dorm sbb nnt nak solat payah n takut diorg mabuk.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Cara-cara Untuk Sambung Belajar (Master) di Luar Negara

Mimpi Ular & Tafsirannya