List of things to do when your Malaysian passport and UK student visa were stolen overseas

Meh nak list down cara-caranya.

1) Terus buat laporan polis. Kalau hilang kat negara yang main language bukan Bahasa Inggeris,  seboleh-boleh mintak pihak polis sediakan laporan polis di dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalau tak boleh jugak, amik je bahasa apa pun. 

2) Cari Malaysia Embassy. Tanya kat Police station tu address embassy kita kat sana.

3) Dah jumpa embassy, tanya apa nasihat mereka. Setengah negara memang bole buat passport terus. So kalau ada, takde masalah. Tapi in my case, Malaysian embassy kat Czech tak buat pun. Kebetulan kami mmg nak g Berlin naik tren, so kami buat travel document kat sana je. So mmg pegi sana tanpa passport la sebab org tak cek pun. Cuma dibekalkan surat rasmi dari Malaysian Embassy kt Czech. Just in case. 

4) Di Berlin, berbekalkan surat rasmi dari Czech + gambar ukuran passport (ni buat kat Berlin je) + salinan passport lama (nasib baik de save dalam email) + laporan polis dari Czech (dalam Bahasa Czech) -----> maka dapatla embassy Malaysia di Berlin untuk keluarkan Emergency Certificate. Ni bukan passport tau. Just legal document untuk keluar negara tu. So pegawai tu akan tulis kat buku Emergency Certificate yang kita akan travel from Berlin - Malaysia via UK. 

5) Sampai je UK, terus cari macam mana nak translate laporan polis tu. Ni silap aku. Patutnya mintak translation from Malaysia Embassy kat Czech terus. Tapi tak tau pulak kene ada certified translation. Nasib baik pegawai Malaysia kat Czech tu ada bagi contact number. So mintak diorg keluarkan translated police report dengan cop kerajaan Malaysia lagi. Kalau tak, beribu jugak kena bayar kat UK. Then mintak diorg courier surat tu. Just bayar duit courier tu je la..

6) Pas je dapat documents tu, terus ke London untuk buat passport baru. Bawak sekali document yang dah dicop tu dgn original police report. Duit pun kena bwk. Brpa pound ntah tak ingt pulak. Hehe..

7) Dapat je passport baru, terus siap2 nak buat student visa. Ni pricey sikit. Tak ingt brpa tapi bole google la. Pastu nak buat UK student visa ni ada 2 cara. Satu, bole pegi terus ke ofis dia. Ni mmg mahal gila and dapat visa pun sekejap je. Rasa kurang seminggu dah dpt kalau ikut cara ni. Cara lagi satu, pos semua borang yng dh diisi, + passport baru + other documents yang diorg mintak. Ni mmg cuak sikit sebab kalau kat Malaysia kan semua kat kaunter je. Tapi kat UK ni semua pakai pos. masa hantar tu mmg berserah je la cuma aku hantar pakai pos laju. At least rasa selamat sikit.

8) Nanti surat akan sampai kat rumah sewa kat UK, suruh kita pegi nearest pejabat pos untuk ambil biometric kita. Ni mcm amik thumbprints etc utk visa tu la. Pejabat pos diorg mmg sangat canggih. Siap bole buat suma benda ni. 

9) Jika permohonan kita berjaya, dapat la UK student visa selepas 2-3 minggu. Selalu kalau kita apply visa dari Malaysia, visa tu dia akan tampal je. Tapi since apply kat UK, maka dapatlah kad student visa tu. Ala2 kad pengenalan gitew.. Hehe..

Begitulah pengalaman yang pernah aku lalui. So kalu nak pegi luar negara better letak passport dalam baju. Beli poket yang bole letak kat dalam tu. Banyak jual kat travel stores. Sekian sahaja :-)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Cara-cara Untuk Sambung Belajar (Master) di Luar Negara

Mimpi Ular & Tafsirannya