Tips Becuti ke Istanbul / Travel Guide to Istanbul, Turkey

Kali ni, ak nak bercerita tentang trip aku ke Istanbul, Turki. Actually ini bukanlah first time aku ke Istanbul. Dah kali kedua dah. Few months ago, aku pergi dengan kawan-kawan. Kali ini, aku bawak ibu bapaku pulak. Jadi, tak lah kekok nak ke sana sini.

So, ada beberapa tips/guides yang boleh aku share untuk sesiapa yang nak ke Istanbul:

1) ACCOMMODATION / PENGINAPAN


a) Area: Taksim
    Booking through: Airbnb
    Price: RM250
    Facilities: Wifi, washing machine, air cond, tv, hairdryer, kitchen, fridge, heater, towels, double bed

First time aku pegi, ada 4 orang kawan bersama aku. So, kami menyewa sebuah rumah dengan 3 bedrooms and 1 bathroom. Sangat2 lah berbaloi. Siap boleh masak dan tv siap boleh connect dgn Internet. Cuma rumah dia jauh sikit dan terletak kat lereng jalan. Maklumlah jalan kat Turki kan tak rata. Dari segi location, tak sesuai aku rasa kalau nak bawak orang tua sebab takut tak larat je nak berjalan.

b) Area: Taksim
    Booking through: Booking.com
    Hotel: Net House Hotel, Taksim
    Price: RM206 untuk 3 orang
    Facilities: Wifi, tea/coffee, kettle, towels, air cond, heater, fridge, tv

Since this time aku pergi dgn parents, so aku pun menyewa la hotel. Hotel ni rasanya family owned. Tak la besar mana dari luaran tapi bila dlm bilik, memang cantik bilik nya. Since untuk 3 orang, so ada 1 double bed dan 1 single bed. Sangatlah selesa dan owner sangatlah baik. Kami mintak untuk check out setengah jam lewat sebab nak solat dulu, and diorang siap bagi extend sampai 2 jam free lagi. Taxi pun diorg call tanpa apa-apa bayaran.

Oh, time ni, kaki mak aku terseliuh sebelum datang ke Istanbul ni. Pihak hotel siap bagi kami pakai wheelchair yang kebetulan ada di hotel tersebut untuk berjalan-jalan tanpa sebarang bayaran. Memang best lah and totally recommended!

2) TRANSPORTATION / PENGANGKUTAN

a) Funikuler (Cost: 4TL one way)

Route: Taksim - Kabatas
Menghubungkan kawasan yang berbukit dengan tren.

b) Tren (Cost: 4TL one way)

Menghubungkan tempat-tempat menarik sekitar Istanbul.
Tips: kalau nak lagi jimat, beli kad macam touch and go tu di kedai berhampiran. Kad yang sama boleh digunakan oleh beberapa orang dalam 1 masa.

c) Taxi (Cost: 20-25TL)

Cost ini adalah dari Taksim ke area Sultanahmet (bandar). 
Tips: pastikan dapatkan taxi dari hotel atau taxi yang mempunyai logo/ lambang kerana takut ditipu. Teksi yang ada logo akan menggunakan meter manakala teksi yang tiada logo akan membuat tawar menawar dengan anda.

d) Bus

Paling murah kot. Ada sekali tu, pemandu bas cakap tak perlu bayar. Ikut nasib lah. 

3) FOOD / MAKANAN

Ni yg boleh aku recommend, (murah dan sedap). Disebabkan aku duduk area Taksim, so banyak la tempat makanan area Taksim yang boleh aku recommend.

a) Can Restaurant (Area: Sultanahmet)
Menghidangkan sajian Turki. Ada nasi dan lauk pauk. Aku dan rakan-rakanku dah survey. Memang restaurant ni harga dia antara yang murah dan sedap.

b) Kizilkayalar Hamburger (Area: Berdekatan Taksim Square)
Hamburger ni mmg sedap. Kat area Taksim ni memang banyak kedai jual hamburger. Tapi kedai ni yang paling sedap. Harga rasanya lebih kurang TL 2.50.

c) Hafiz Mustafa 1864 (Area: Berdekatan Taksim Square)
Kalau nak cari dessert Turki, kedai ni memang sedap but a bit pricey kot. So far, yang aku suka kat kedai ni, 'Kunnefe' dia. Memang teringat-ingat.



d) Nasi Ayam (Area: Berdekatan Taksim Square)
Nasi ni biasanya jual time malam. Kedai tak ada. Just stall je dekat-dekat dengan Cartoon Hotel, Taksim. Harganya pun murah. Kalau tak silap TL 3 je..

e) Simit Sarayi (Area: Berdekatan Taksim Square)
Ni adalah kedai bakery di Istanbul yang terkenal. Roti-roti nya memang sedap dan gebu-gebu. Agak-agak rasa nak makan roti, boleh lah pergi ke kedai ni.

4) ATTRACTIONS / TEMPAT MENARIK 


Hagia Sophia

Galata Tower

Blue Mosque
Bosphorus Cruise

Museum yang last terbaik untuk masuk bagi aku ialah TOPKAPI PALACE. Maaf tak ada gambar pulak, Tapi sehari jugak la nak masuk museum ni sebab tempat dia memang besar. Siap ada 1 section peninggalan nabi-nabi lagi.

Kalau nak shopping, GRAND BAZAAR dan SPICE BAZAAR memang recommended!


SO.............Rasanya, sampai di sini saja aku bercerita pasal Istanbul.
Semoga mendapat manfaat!



Comments

  1. Casino City by Bus - MapyRO
    Directions to Casino City by 세종특별자치 출장샵 Bus with 속초 출장안마 MapyRO. See 38 traveler 하남 출장샵 reviews, 33 photos and blog posts. 여주 출장샵 Rating: 4 · 군포 출장마사지 ‎38 reviews

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Cara-cara Untuk Sambung Belajar (Master) di Luar Negara

Mimpi Ular & Tafsirannya