Trip ke Bandung Bersama Relatives - Day 2 (22 Oct 2010)

Day 2

Breakfast time!! Bagi aku hotel ni ok la bagi budget traveller. Facility macam biasa..and rate room tu pun termasuk breakfast. Cume breakfast tu takde la banyak sangat pilihan. Selalunya de nasi goreng, cereal, and roti..And diorng pun takde nak cek kupon breakfast ke pe..Main masuk je cafe die. Nak masuk seribu kali pun takpe.;-) Tapi de 1 lagi, pasal toilet hotel ni. Toilet die ok, cume air die macam bau tanah sikit tapi air die bersih..Tu je la.

Hotel ni berdekatan dengan CiWalk..So agak2 nak berjalan, leh la berjalan kaki ke CiWalk ni..CiWalk ni macam Shopping Mall la.Sepanjang jalan ke CiWalk ni banyak kedai yang menjual cenderamata. Kalau tak sempat nak beli, bole la beli di Jalan Cihampelas ni.

Anyway, our first destination --> Tangkuban Perahu iaitu tempat gunung berapi..Kami dijemput oleh pak supir pada jam 10 pagi. Pak supir ni akak kat ofis ni yang perkenalkan. Nama supir ni Pak Tarmizi. Aku dah call die dari Malaysia dah untuk pakai sevice die. Time tu dapat nego ngan die sewa kereta dengan supir sebanyak kira-kira RM 100 sehari all inclusive. Murah kan? Skrg ni rasenye rate dah naik dah.

Jadi bermula lah destinasi ke Tangkuban Perahu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Jalan nak ke Tangkuban Perahu tu berbukit-bukit..Sampai di sana, van kami dikerumuni oleh ramai anak2 yang cube menjual berbagai cenderamata. Jadi 1 tips untuk korg. Kalau korg berminat nak beli, baru start tawar menawar. And kalau korg tidak berminat, teruskan berjalan sebab kalau korg layan diorng, diorng akn ikut korng pegi mana2, pursuade korg utk beli cenderahati.

Di kawah tersebut, sempat juga kami mengambil gambar..Itulah kali pertama aku dapat melihat Gunung Berapi dengan kawah nye. Tempat tu agak sejuk sedikit and redup je..Pemandangan pun cantik. Gambar nanti aku share kan kat korg k. So amik gambar banyak di sana kalau korg nak pegi. ;-)

Balik je dari Tangkuban Perahu, perut dah meng'gogoi'. Tandanya dah time utk isi dengan makanan. Pak Supir membawa kami ke salah sebuah restoran makanan Sunda di sana. Sedap juga bila makan ramai2 ni. Bila dah kekenyangan, aunties aku ni dah penat nak berjalan. Diorng decide nak berehat di hotel. Tapi kami yang teenagers ni tak puas lagi berjalan. Jadi, lepas drop mereka di hotel, kami terus ke Factory Outlet yang terkenal di Bandung.

Destinasi seterusnya, Jalan Setiabudi. Sederet jalan tu penuh dengan Factory Outlet..Fuh..Rambang mata dibuatnye...Rumah Mode, Grande, semua ada. Semua juga kami masuk sebab nak tgk kelainannya..Dan kami pun berjalan smpai malam di FO yang ada..Tu pun tak cukup lagi masa. Last skali disebabkan teringin nak makan kek yang sedap, kami singah di salah 1 branch Kartika Sari. Takde rezeki agaknye, sampai je kedai tu, guard baru nak tutup..Jadi kami pun beransur pulang ke hotel...Kempunannnnnn nak makan kek tuu...

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Hire/Upah SBXS Photography untuk Majlis Perkahwinan

Cara-cara Untuk Sambung Belajar (Master) di Luar Negara

Mimpi Ular & Tafsirannya